Tips memulakan perniagaan di internet

pengurusan-bisnes-online-konsistenMemang ramai yang ingin berniaga menggunakan medium internet tepai masih tidak dapat gambaran bagaimana melakukannya.

Tips pertama
Perlu ada produk untuk diniagakan, sama ada produk fizikal, digital atau berjenis perkhidmatan.

Tips kedua
Perlu ada laman web, blog atau akaun sosial media (facebook, instagram dan lain-lain). Nama web atau tajuk-tajuk artikel perlu sesuai dengan produk yang ingin dijual.

Tips Ketiga
Perlu ada medium untuk berhubung seperti SMS, Telefon, Emel dan sekarang ini dengan pelbagai mediun chat seperti telegram dan whatsapp.

Tips Keempat
Perlu ada perbankan online bagi memudahkan semakan dilakukan sekiranya pembeli telah melakukan deposit. Amat dicadangkan sekiranya menggunakan akaun syarikat. Ini kerana akan menambahkan keyakinan pembeli untuk membuat deposit untuk mebelian barangan.

Tips Kelima
Menggunakan medium pengeposan yang boleh disemak. Ini amat perlu untuk pembeli dan penjual mengetahui status barang yang telah dihantar.

Ini merupakan tips asas bagi memulakan perniagaan secara internet. Moga dengan tips ringkas ini membantu anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *