5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Internet

Dipetik daripada blog irfankhairi.com

SEBAB #1: Kerjaya yang TERJAMIN
Ramai yang mungkin kata ianya risiko menjalankan perniagaan Internet dan merupakan kerjaya yang tidak terjamin. Bagi saya dan ramai usahawan diluar sana, risiko kecil sememangnya ada, tetapi ianya berbaloi. Bukan hanya kerana pulangan rezeki perniagaan 9/10 yang kita boleh dapat, tetapi apabila mengetahui selok belok perniagaan, ia memberi keyakinan kepada diri kita sendiri memulakan apa sahaja perniagaan.

SEBAB #2: Lakukan apa yang ANDA SUKA
Sekiranya anda berminat dengan fesyen, ia boleh menjadi perniagaan anda. Sekiranya anda minat muzik, muzik boleh menjadi perniagaan anda. Sekiranya anda berminat sukan, tiada masalah menjadikan sukan sebagai usaha perniagaan anda.

Adakalanya kerjaya kita kini bukan mengikut minat dan kesukaan kita. Namun kita terpaksa melakukannya untuk menyara hidup dan diri kita dan keluarga.

buy-online-businessSEBAB #3: Pasaran yang lebih BESAR
Tidak lagi seperti membuka kedai yang mungkin memakan kos yang tinggi hingga beribu ringgit, dan mendapat pelanggan terhad yang hanya berkunjung di kawasan kedai anda. Pastinya anda juga tahu, dengan membuka “kedai” di Internet, walaupun hanya menggunakan blog atau Facebook yang sememangnya percuma, anda boleh mencapai pelanggan bukan sahaja setempat, tetapi seluruh Malaysia dan menjangkau seluruh dunia. Semua hanya dari keselesaan rumah anda.

SEBAB #4: Tingkatkan PENJIMATAN
Sekiranya berumah tangga dan mempunyai anak kecil, dengan menjalankan perniagaan Internet yang berjaya, anda dapat mengurangkan perbelanjaan keluarga. Mungkin salah seorang suami atau isteri dapat menjalankan perniagaan Internet dari rumah dan menguruskan perihal keluarga dengan lebih lancar dan kos efektif.

SEBAB #5: Tingkatkan PENDAPATAN
Jika bekerja makan gaji, mungkin amat sukar mencapai kebebasan kewangan yang sering diimpikan. Sukar kita dengar kisah lahirnya seorang jutawan dengan kerja makan gaji. Ini kerana, apabila bekerja, kita terhad kepada masa dan pendapatan yang diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *