Adab pengurusan pelanggan cara Nabi Muhammad S.A.W.

Dipetik daripada usahawan.com

Adab pengurusan pelanggan cara Nabi Muhammad S.A.W.

A. Taaruf
Taaruf bermaksud kenal-mengenali. Sebagai peniaga mesti kenal dengan pelanggan kita. Bukan kenal secara peribadi seperti apa hobi dia, suka makan apa dan lain-lain. Tetapi kenal disini bermaksud anda tahu siapa pelanggan anda dan apa masalahnya. Tugas seorang usahawan ialah untuk menyelesaikan masalah itu.
Misalnya ada seseorang datang ke kedai anda. Dia tak cakap apa, anda ataupun pekerja anda pun tidak bertanya. Akhirnya, pelanggan tersebut keluar begitu sahaja. Rugi bukan? Jadi di sini, anda kena bertindak untuk ‘kenal’ dengan setiap prospek, agar anda tahu apa yang dia perlukan, dan anda dapat bantu dia. Misalnya orang yang masuk tadi, cuba anda sapa dengan ayat seperti “ Selamat datang cik, kami ada sediakan ….. apa yang boleh saya bantu cik?”. Sedap bunyinya, daripada nak window shopping, terus ter’sangkut’ pelanggan tersebut!

shaking hands and business team

B. Tafahum
Maksudnya memahami. Sesudah berkenalan, senanglah untuk anda fahami dan bantu. Contohnya, pelanggan tadi berkata “saya ni selalu sakit bahu, penat bekerja lah katakana, sudah penat di pejabat, kerja di rumah bertimbun-timbun lagi, jadi saya nak cari plaster atau minyak yang boleh legakan otot di bahagian bahu saya”. Masalahnya anda sudah tahu. Sakit bahu. Untuk lebih memahami, anda kena lebih banyak berbual dan bertanya. Sejak bila sakit bahu? Adakah dia benar-benar sakit bahu atau sakit hati dengan perangai suami yang tidak membantu langsung? Sakit bahu amat kronik atau sengal-sengal biasa sahaja, dan sebagainya. Komunikasi dua hala akan membantu kita untuk memahami pelanggan kita. Tetapi jangan sampai terlebih Tanya, nanti sakit hati pula pelanggan tersebut.

C. Takaful
Takaful bermaksud saling membantu. Inilah objektif selepas melalui taaruf dan tahafum. Anda bantu pelanggan untuk selesaikan masalahnya, dan pelanggan tersebut bantu anda untuk close sale pada hari itu. Semudah 1,2,3, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *