Cabaran Bisnes Online

risk-internet-dreamstime_l_13144985-2Banyak kelebihan sekiranya kita beralik kepada bisnes online. Kita juga perlu melihat beberapa cabaran dalam menjalankan perniagaan atau bisnes online.

1. Kurang interaksi sosial. Kebanyakkan bisnes online dilakukan dari rumah saja. Walaupun keadaan ini memudahkan cara berniaga tapi ia tidak memberi kesan sosial seperti yang berlaku di tempat kerja tradisional seperti pejabat. Hampir kesemua komunikasi bisnes online ini dilakukan dengan menggunakan email, IM, skpe, dan facebook dan keadaan ini menyukarkan interaksi sosial seperti yang berlaku dalam pertemuan face-to-face.

2.Memerlukan kemahiran komputer dan teknologi maklumat. Sudah tentu anda memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat jika mahu menceburi bidang bisnes online ini. Jika anda kurang mahir dalam ilmu perkomputeran, mintalah khidmat bantuan dari mereka yang mahir.

3. Sukar mendapat kepercayaan dari pembeli. Untuk maju dalam bisnes online, anda perlu mendapat kepercayaan dari bakal pelanggan anda dahulu. Anda perlu yakinkan mereka mengenai produk yang anda tawarkan serta meyakinkan mereka mengenai keselamatan wang mereka. Memang sudah menjadi norma bahawa apa-apa yang melibatkan wang akan membuatkan mereka berfikir tiga empat kali sama ada mahu membeli anda atau tidak. Ramai pengguna yang masih takut untuk membelanjakan duit mereka secara online. Ia sangat berbeza dengan membelanjakan duit di kedai-kedai biasa.

4. Kurang dikenali pengguna offline. Walaupun bilangan pengguna internet kian meningkat saban hari, namun jumlah mereka yang tidak menggunakan atau kurang menggunakan internet juga masih sangat ramai. Jadi apabila anda mempunyai bisnes online yang hanya beroperasi secara online, ianya sukar mendapat recognition dari pengguna offline.

5. Keselamatan data. Untuk melakukan transaksi online ketika membuat pembelian barangan, sesuatu laman web itu akan meminta alamat email dan maklumat-maklumat peribadi yang lain untuk disimpan dalam data pelanggan bisnes yang beroperasi dalam melalui laman web tersebut. Walaupun terdapat polici keselamatan data yang menjamin bahawa maklumat peribadi anda itu tidak akan dilihat oleh pihak ketiga, namun mudah sebenarnya maklumat itu terbongkar melalui aktiviti ‘hacking’ yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti hacking ini merupakan satu aktiviti pencerobohan data sesebuah laman web dan para hacker itu akan mencuri data-data pengguna laman web tersebut. Data yang biasa mereka curi ialan senarai email dan maklumat akaun bank atau kad kredit.

One thought on “Cabaran Bisnes Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *