Kelebihan Perniagaan Secara Online (internet)

10905732_lBerniaga secara online pada masa kini adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Semakin hari perniagaan online telah diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun dunia. Tahukah anda perniagaan online adalah salah satu cara untuk anda menjimatkan kos terutamanya bagi peniaga-peniaga yang masih baru dalam bidang perniagaan dan kekurangan modal.

Jimat Kos?
Ya, tentu sahaja anda tertanya-tanya bagaimana perniagaan online dapat mengurangkan kos anda. Pertama, untuk berniaga secara online anda tidak perlu ada sebuah kedai fizikal, cukuplah anda menyediakan sedikit ruang dirumah anda untuk anda menyimpan stok-stok produk yang ingin anda niagakan. Maka dengan cara ini anda telah pun mengurangkan kos untuk membeli atau menyewa sebuah kedai.

Boleh berniaga 24 Jam!
Jika anda berniaga secara online anda boleh tentukan sendiri berapa jam anda ingin jalankan perniagaan sehari. Walaupun anda tidak berada di hadapan laptop ataupun komputer anda masih mampu mendapatkan pelanggan! Ini kerana website anda di Internet berfungsi selama 24 jam sehari, bila-bila masa sahaja pelanggan boleh membuat tempahan di kedai online anda walaupun ketika anda sedang tidur!

Jaringan Pelanggan Luas
Melalui Internet anda mampu mendapatkan ramai pelanggan jika kaedah pemasaran yang anda gunakan adalah bagus. Anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara jika anda inginkan. Antara medium-medium yang anda boleh gunakan adalah blog, website, Facebook dan macam-macam lagi. Jika anda mempunyai website, seluruh dunia mampu untuk melihat produk-produk yang anda niagakan, maka dengan ini anda bukan sahaja dapat berniaga dengan masyarakat di sekeliling anda, malah masyarakat yang berada di tempat lain hanya secara online.

Mengumpul Data Pelanggan
Antara salah satu fungsi terbagus Internet dalam bidang perniagaan ialah, ianya dapat membantu kita menyimpan data-data pelanggan. Maka anda tidak perlu menyusahkan diri anda untuk menulis data setiap pelanggan yang membeli barang dari anda. Jika anda mengunakan sistem website kami , secara automatik pelanggan yang membeli barang dari anda, anda akan mempunyai data pelanggan tersebut. Secara tak langsung ini memudahkan anda untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada anda.

Berniaga di Mana-mana Sahaja!
Jika anda mempunyai kedai secara online anda boleh uruskan kedai online anda dimana-mana sahaja anda berada asalkan anda mempunyai akses kepada Internet. Walaupun anda sedang bercuti di luar negara anda masih mampu menguruskan kedai anda dan mengetahui sama ada mendapat tempahan dari pelanggan ataupun tidak. Berbeza dengan kedai fizikal dimana anda harus berada di kedai anda dan tunggu pelanggan datang untuk membeli dari anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *