5 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Internet – Irfan Khairi

Artikel di ambil daripada blog Irfan Khairi.

Ramai orang tahu perniagaan internet sangat menguntungkan tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk memulakan perniagaan di internet. Dalam artikel ini, saya akan memberikan anda 5 cara mudah untuk anda memulakan perniagaan di internet.

1. Produk.

Perkara pertama untuk memulakan perniagaan di internet adalah dengan mencari produk. Tidak kira sama ada anda berniaga online atau offline, anda perlu ada produk untuk dijual. Anda perlu cari produk yang unik dan disukai ramai. Cuba jual barang yang orang nak sangat beli tapi segan nak beli di kedai biasa. Barang macam tu lah yang sesuai dijual secara online. Barang yang susah dapat di kedai biasa akan menjadi sesuai dijual secara online. Sebagai contoh, cuba anda jual durian crepe online kerana sekarang ni durian crepe menjadi pilihan ramai rakyat di Malaysia. Walaupun dah ramai yang menjual durian crepe, tapi masih lagi laku. Contoh yang tidak sesuai pula adalah Pisang Goreng. Bila beli pisang goreng orang tak mahu tunggu lama. Mereka mahu makan on the spot masa tengah panas-panas tu. Tapi kalau anda boleh buat Pisang Goreng delivery macam pizza , maka ia boleh difikirkan.

2. Ambil gambar produk.

Ini adalah perkara yang paling penting sekali. Anda perlu berusaha untuk mengambil gambar produk anda sendiri dan pastikan ianya diambil dengan professional. Jika anda mahu menjual tudung, sebaiknya anda mendapatkan seorang model untuk memakai tudung tersebut. Dan ambil gambar tersebut dengan cara yang professional. Elakkan dan jangan sesekali untuk mengambil gambar tudung orang lain kerana itu sudah dikira sebagai mencuri. Apa yang kita jual, pastikan gambar yang diambil adalah hasil daripada usaha kita sendiri dan bukan daripada gambar hasil orang lain. Pada permulaan ia mungkin akan mengeluarkan modal yang banyak untuk mengambil gambar yang professional, tapi yakinlah insyaAllah anda akan mendapat pulangan modal kembali dari hasil yang bersih tersebut. Jika anda mencuri gambar orang lain, ia sudah dianggap anda mencuri dan tidak jujur dalam perniagaan.


irfan and rais3. Bina blog.

Setelah anda mendapatkan produk dan mengambil produk tersebut, anda perlu membina blog untuk produk tersebut. Kenapa perlu membina blog? Kerana ia adalah sangat penting supaya blog yang dibina akan muncul di enjin carian google. Sering kali pengguna di internet suka mencari sesuatu dengan membuat carian di google. Jadi, anda perlu ada blog supaya blog tersebut akan keluar di enjin carian google. Berbanding jika menggunakan facebook pula, carian di google sangat jarang memaparkan link facebook. Untuk membuat blog, tidaklah susah. Anda boleh mulakan dulu dengan membina blog di blogspot dan jika anda ada budget lebih, anda boleh membina blog yang berbayar.

Jika anda tidak mahir dalam pembikinan blog, anda boleh upah orang lain untuk buatkan. Anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk pembinaan blog supaya blog anda Nampak lebih menarik dan cantik. Ini adalah penting kerana kita perlu menarik minat pengunjung yang melawat ke blog tersebut. Jika blog tersebut suram dan serabut, mood pelawat kita akan menurun dan kemungkinan besar mereka akan terus keluar dari blog anda. Sama juga jika kita pergi ke kedai. Jika kedai tersebut menarik, sudah tentu kita akan berasa seronok untuk membeli dan akan lama dalam kedai tersebut. Manakala jika kedai tersebut suram dan bersepah, agak-agaknya kita akan duduk lama tak dalam kedai tersebut? 😉

4. Buka akaun facebook.

Anda perlu membina satu fanpage khas untuk menjual produk tersebut. Anda tidak boleh menjual di personal profile anda kerana kemungkinan besar akaun anda akan ditutup serta merta oleh facebook. Ini kerana facebook mempunyai terma dan syarat dimana anda hanya boleh menjual menggunakan fanpage sahaja dan bukan personal profile anda.

Kenapa anda perlu membina facebook sedangkan anda sudah membina blog untuk menjual? Dengan adanya blog, kemungkinan besar blog anda akan dapat dilihat di enjin carian kerana rata-rata pengguna internet akan menggunakan google untuk mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja. Facebook pula, jika kita sudah ada fanpage menjual tudung sebagai contoh, maka kebarangkalian LIKE yang kita dapat di fanpage tersebut adalah mereka yang berminat dengan tudung. Jadinya anda sudah anda pembeli yang targeted untuk tudung yang anda jual di facebook.

Jika digabungkan kedua-dua cara ini, produk anda akan laku dengan pantas. Pastikan anda letakkan badge facebook anda di dalam blog dan jangan lupa juga meletakkan link blog anda didalam fanpage anda.

5. Promosi.

Yang ini adalah perkara paling penting dalam perniagaan online. Bagus mana pun produk anda, secantik dan sehebat mana pun produk tersebut, jika salah cara promosinya, produk anda tidak akan terjual. Di online, kita perlu iklankan supaya orang tahu akan kewujudan blog dan facebook yang kita bina tadi. Lain jika anda mempunyai kedai yang nyata. Orang yang lalu lalang di kawasan sekitar, dapat melihat kedai anda. Jika di online, orang tak kan tahu jika kita tidak membuat promosi. Untuk membuat pengiklanan, ada cara yang berbayar dan percuma. Untuk pengiklanan percuma, anda boleh letakkan di lamanweb pengiklanan percuma seperti Mudah.my dan lain-lain. Untuk pengiklanan berbayar, anda boleh gunakan pengiklanan di facebook, pengiklanan di google dan menyewa slot iklan dimana-mana blog atau forum.

Apa yang paling penting adalah anda perlu berani untuk mencuba. Jika anda takut untuk bermula, sampai bila pun anda tidak akan memulakan langkah pertama anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *