Logo baharu homestay malaysia

Alhamdulillah logo baharu Homestay Malaysia siap dipasang selepas lawatan pegawai perlancongan.

1458401027041_crop_1023x694

Permanent link to this article: http://direktoriniaga.my/homestaygemas/2016/03/19/logo-baharu-homestay-malaysia/

Homestay Kampung Londah

Tiga homestay Kampung Londah telah dimasukkan ke dalam peta Google. Kawasan bertanda merupakan lokasi homestay tersebut.

Permanent link to this article: http://direktoriniaga.my/homestaygemas/2015/12/30/homestay-kampung-londah/

Asal Usul Nama Gemas

Pertama kali menjejakkan kaki ke Gemas, Negeri Sembilan, banyak mengubah persepsi awal mengenai bandar kecil ini, apatah lagi tempat bersejarah itu cukup tenang, aman dan penduduknya ramah serta mudah mesra.

Dari segi sejarah, Gemas menjadi titik pertemuan penting laluan Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan pantai timur dan pantai barat Semenanjung. Stesennya dibina sejak 1992 masih beroperasi hingga sekarang dan itu cuma sebahagian daripada seribu kenangan dan sejarah negara.
Kedudukannya bersempadan dengan Johor dan Pahang dianggap strategik, bahkan ada yang menggelarnya Segi Tiga Emas.
Continue reading

Permanent link to this article: http://direktoriniaga.my/homestaygemas/2013/03/20/asal-usul-nama-gemas/

Latar Belakang Gemas

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Baru terletak di dalam Negeri Sembilan.

Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysian, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.
Continue reading

Permanent link to this article: http://direktoriniaga.my/homestaygemas/2012/01/30/latar-belakang-gemas/

Selamat Datang

Daerah Gemas merupakan pintu masuk dari arah selatan melalui jalan keretapi.Stesen Keretapi Gemas adalah antara stesen keretapi yang telah lama beroperasi dari zaman pemerintahan Inggeris hingga sekarang. Homestay Gemas melibatkan empat buah kampung yang berdekatan antara satu sama lain iaitu Kampung Londah, Kampung Ulu Ladang, Kampung Ladang dan Kampung Bangkahulu.

Tinggalan sejarah seperti Tugu Peringatan Sg.Kelamah dan laluan Hang Tuah-Tun Teja adalah antara tarikan bagi homestay ini selain daripada sawah padi yang menguning dan produk kraftangan yang berasaskan kelapa. Homestay ini juga menawarkan masakan tradisional seperti kuih tat seberang dan madu lebah asli untuk dicubadan dirasai oleh pelancong yang datang.

Homestay Gemas juga mempunyai kemudahan tapak perkhemahan di tepi Sungai Muar yang dikenali sebagai Danau Kubang. Di sini juga tersedia kawasan rekreasi yang menyediakan gelanggang futsal, dewan terbuka dan bilik persalinan.Sekiranya pelancong ingin mendalami dan menuruti jejak-jejak sejarah Hang Tuah atau Perang Dunia Kedua, di sinilah tempatnya.

Permanent link to this article: http://direktoriniaga.my/homestaygemas/2012/01/30/selamat-datang/